Pages

Data Downloading...

Monday, December 5, 2011

6 Penemuan Arkeologi paling canggih zaman silam

Mungkin ada di antara kita yang percaya bahawa mahluk asing itu wujud di muka bumi ini. Walau bagaimanapun sehingga ke hari ini, tiada kesahihan yang nyata bahawa mereka itu wujud dikalangan kita. Selain daripada video amatur yang menjadi bukti kewujudan mereka, ada juga peninggalan arkeologi lama yang mempunyai kaitan tersendiri dengan kewujudan mereka. Berikut antara 6 penemuan arkeologi purba yang mempunyai kaitan dengan mahluk yang bukan berasal daripada bumi ini.

1. Anticythère Mechanics





Pada tahun 1900, sebuah logam yang telah membentuk batu yang berusia sekitar 2000 tahun ditemui disebuah kapal yang karam di kepulauan Antikythera, Greece. 50 tahun kemudian, bahan arkeologi tersebut dilihat dengan sinar-X dan mereka mendapati bahawa benda tersebut merupakan sebuah alat mekanik (gear) seperti mekanik pada jam tangan. Penemuan ini menimbulkan tanda tanya buat para ahli arkeologi kerana pada masa itu bangsa yunani tidak akan mungkin dapat membuat benda mekanik serumit itu.

2. Piramid Teotihuacan


Menurut legenda, pyramid Teotihuacan dibina oleh Tuhan bagi menunjukkan tanda bahawa Bumi pernah dihancurkan. Peradaban seperti Aztec, Maya, India kuno serta Arizona Utara percaya bahwa dunia ini sudah dihancurkan sebanyak 4 kali pada masa lalu. satu oleh ais, satu oleh api, satu oleh air, dan satu oleh gempa bumi, dan pyramid Teotihuacan merupakan salah satu dari masa-masa itu.

3. Nazca airport


Para ahli arkeologi telah menyimpulkan bahawa Garis-garis Nazca dihasilkan atas sebab-sebab tertentu, kerana simbol-simbol tersebut dapat dilihat dari angakasa lepas. Namun yang paling baru adalah spekulasi bahawa garis-garis Nasca adalah sebuah landasan untuk pesawat, kerana mempunyai garisan yang panjang lurus. Bahkan disebuah bukit terdapat garis menyerupai jalan yang nampaknya susah untuk dibuat dengan menggunakan peralatan yang sedia ada dan lebih-lebih lagi di kawasan berbukit.

4. Catatan Kuno Tentang Piring Terbang Di India


Dalam catatan india kuno yang berusia 5000 tahun, terdapat sebuah kenyataanb yang menakjubkan tentang piring terbang, pada waktu itu mereka mengenal benda tersebut dengan nama Rukma Vimana. Malah dalam naskah tersebut juga menceritakan bagaimana peperangan dengan mesin-mesin terbang yang menghancurkan seluruh kota.

5. Piring Terbang Di Jepun


Seperti di India, di Jepun juga terdapat catatan kuno yang menggambarkan adanya piring terbang wujud disana.

6. Lukisan Gua Di Italia, Amerika dan Australia




Di salah sebuah gua di Itali, terdapat lukisan purba yang berusia ribuan tahun tentang dua orang yang menggunakan topi kapal angkasa. Di Amerika Syarikat disebuah bukit sego canyon di Utah, terdapat lukisan-lukisan aneh di dindingnya yang berupa makhluk-makhluk yang memiliki antenna dikepala serta memakai topi, sama seperti yang ditemukan di Australia. Jika lukisan-lukisan dinding ini adalah gambaran para manusia purba pada masa itu, darimana mereka dapatkan inspirasi atau idea 
bentuk-bentuk seperti itu?

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...