KUALA LUMPUR – Pihak Cybersecurity Malaysia serta Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia (SKMM) sedang berusaha mengaktifkan semula laman web 1Malaysia milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Demikian dimaklumkan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.
Beliau bagaimanapun tidak memaklumkan bila laman berkenaan akan aktif semula.
Laman web berkenaan dikesan digodam pagi ini dengan imej seseorang sedang kencing di atas bendera Malaysia dimasukan di paparan hadapannya.
Ketika berita ini ditulis pukul 6 petang ini, laman web tersebut masih ditutup dan dikemas-kini.
Klik di sini untuk melawat laman 1Malaysia.
sumber: mynewshub
0 comments:
Post a Comment