Pages

Data Downloading...

Sunday, November 20, 2011

Tumpahan Minyak Di Brazil Melebihi 2,600 Tong



RIO DE JANEIRO – Hampir 110,000 gelen minyak tumpah di Lautan Atlantik, iaitu luar pesisir loji carigali Chevron kata agensi perlindungan alam sekitar Brazil, Jumaat (waktu tempatan).

Agensi yang dikenali Institut Alam Sekitar dan Sumber Asli Boleh Diperbaharui Brazil (IBAMA), berkata anggaran 8,400 hingga 13,800 gelen minyak tumpah setiap hari sejak 8 November lalu hingga Selasa lalu.

IBAMA berkata demikian dalam satu kenyataan yang dipapar menerusi laman webnya.

Chevron menegaskan, hanya 16,800 hingga 27,300 gelen minyak tumpah ke laut.

Sementara itu, Polis Persekutuan Brazil, berkata pihaknya sudah membuka kertas siasatan berhubung kejadian itu dan mendapati Chevron menggerudi kira-kira 500 meter melebihi jarak yang dibenarkan. – AP

SUMBER : MYNEWSHUB.MY

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...